Tuesday, 22 December 2015





#SSPN-I Plus.. Bukti Simpanan Pendidikan Terbaik





Gudafternoon loveliess...


Jom kita lupakan isu fasal potong gaji mandatori tu.. kita fokus pula soal simpanan pendidkan, add on sekali Insurans Takaful..untung berganda2 tuuu

Uolz rasalah, agak2 uolz peminjam tegar yang ada simpanan SSPN-i Plus ni buat tak pengeluaran bagi cover balik tunggakan yang dituntut oleh PTPTN ni?  Ada rasa2nya n kann Iolz dah cakap as backup plan kann.. haa itulah antara hikmah ada simpanan pendidikan ni.. lebih2 lagi bila ada peminjam yang selalu simpan sampai jadi sangat berdispilin n lupa bahawa beliau ada SSPN-i Plus ni...

So, nak selamatkan keadaan, peminjam ni keluarkanlah simpanan n ada simpan separuh untuk pelepasan cukai dan bayarlah semula tunggakan yang dah lama sangatt dilupakan tu,
Mari klik laju2 kalau nak maklumat yang lebih lanjut di sini http://www.ptptn.gov.my/web/guest/sspn-i-plus


Or wazap laju2 kat kami mcm biasa yeee

012.3952578 (darling linda) or 019.2363656 (intan)



Ok Zassss


Thursday, 17 December 2015



PTPTN dan CCRIS berpisah tiada 


clik laju2 di ---- >>>> http://thevocket.com/cara-dapat-laporan-ccris-dari-rumah/



Boleh semak link ni yang sangat baik untuk kita rujuk perihal status pinjaman dengan PTPTN dan institusi kewangan yang lain...

Semak dengan kami pun boleh tp ada caranya hehehe










#Jom Labur Laju2 Untuk Pelepasan Taksiran Cukai 






Gaiz.. jom la labur ng Iolz untuk Pelepasan Cukai dgn SSPN-i dan SSPN-i Plus ni...

Sehingga RM12K tau bagi yang layak..

Hari ni je dah ramai yang melabur sebab theyolz tahu benefit simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus ni...

Bukan setakat melabur untuk diri sendiri, simpanan masa hadapan untuk anak-anak malahan boleh jadikan back-up plan kalau jadi apa2 tauu...

dah nak hujung2 tahun ni.. jomlah melabur.. x rugi pun.. tunggu apa lagi...contact me laju2 hokkkeyy 

Klik sini untuk lebih lanjut tawww http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan dan http://www.ptptn.gov.my/web/guest/sspn-i-plus


#PeaceYo
#DarlingLinda - 012.395.2578
#Intan - 019.236.3656

Tuesday, 15 December 2015


#QOTD






Dear myself and all fellows.. remember..

WINNERS are not people who never fail, but people who never quit


# D. E. E. P




#Alamak Cik.. camner ni cik.. Bagasi dah tiba sana tp saya sangkut lagi kat airport ni.. camner ni, camner ni.. camnerrrr!!!


Hurm..ada x pernah kena situasi camni.. rasa nak nangis kan.. Well..nak kata apa lagi laa kalau dah sangkut camtuh.. rosaklah holiday akuuuuu.. huhu

Lagi sadis kalau kita dah plan leklok sampai masa kantoi kat airport... Staff Immigration arahkan kita ke tepi dahulu dan kemudian kita terkebil2 tgk suma gang/ orang lain dah lepas GateAway ...

Pastu Staff tu cakap awak kena senaraihitam dgn PTPTN ni.. ouwch..

Alamak saya lupa lah nak bayar PTPTN.. dalam situasi camni apa uolz rasa nak buat ye

Yang pertama2 sekali sebelum nak berlepas tu  amiklah mekanisme camni :-

1.  Semak  kat link ni kalau rasa2 ada loan ng PTPTN yang belum dilunaskan lagi..http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung pas tu klik sini  http://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm


2. Kalau ada sangkut nama meaning adalah tunggakan tu.. so, call kami laju2 n then ce settlekan sebaik mungkin

3.Dah clear nama barulah boleh berlepas ye...

Tapi kenalah ada prosedurnya.. x leh memain suka ati je nak dapat pelepasan senaraihitam ni ye..

ada apa2 calling2 kami tauu jangan malu2

nanti ada dimalukan di airport hehehe


#RancangPerjalananUntukElakKantoidiAirport
#SilaBayarHutangKalauNakJenjalan
#SilaSemakStatusSebelumBeliTiketPenerbangan

Peringatan Mesra menjanjikan Anda Seorang Peminjam yang Mesra dengan PTPTN



#Zasssss










Monday, 14 December 2015



#CCRIS OH CCRIS




Kan dah kata... awal2 lagi Iolz dah pesan kat kekawan.. bayar le PTPTN tu, jangan x bayar... nanti susah korang nak buat loan umah bagai... loan used car pun ada dah yang x lepas tau..

Semak punya semak sekali CCRIS PTPTN daaa... nak kata hapeee.. so, nak taknak kenalah settle SEMUA LOAN sebab nak 'bersih'kan nama

Itulah.. karang bila Iolz pesan leklok kata Iolz perli.. sindir.. dah susah sapa gak yang uolz nak cari.. Kami jugak.. nak kena buat surat rekomen bagai.. hurmm.. peminjam oh peminjam..

So bagi abam2 sado n ahkak2 jelitas tu.. silalah buat bayaran balik sebelum kena
CCRIS ni ye..nak semak kena CCRIS or not, silalah semak sendiri ok...

Kita bukannya xmo bantu peminjam ni.. tapi kadang2 melampau sangat bagi penangguhan and 'happy hour' tu sampai bertahun2... siap dah beli berbiji2 rumah n ada ramai binis tu oopssss.. terlepass

Nak kata kami x berperikemanusiaan lagi ke.. rasa2nya baik uolz bercakap depan cermin..so sendiri boleh tahu  sepatutnya uolz perlu cakap kat diri sendiri.. hehe Mohon Sentarp..

Oklah.. apa2 nanti wazap je Iolz ok 0123952578



Pintu rundingan masih lagi terbuka kalau rasa2 x mo kena lah.. kalau x mo runding juga n nak rasa kesannya kena
CCRIS sebab x byr loan PTPTN, dialu2kan..



Jangan marah2 ha...

#Life Is A Beautiful Journey
#Life Is Short, Make It Sweet Bebeh






#Pelepasan Cukai dengan Pelaburan di SSPN-i Plus 


Jeng Jeng Jeng!!!

Yeszaaa.. hujung2 tahun ni.. pasti ramai yang sedang bajet nak elak kena cukai kan.. x gitu... ala ngaku jelah.. x yah segan.. kita pun sama tau hehehe

abam2 sado dan ahkak2 yang anggun.. kalau nak tahu, kita boleh dapat pelepasan cukai kalau ada buat pelaburan/ simpanan dengan satu produk PTPTN. apa lagi.. SSPN-i Plus laa.. Kalau nak pelepasan sehingga RM12K, adalah formula dia tu...

So.. sapa nak bagi tu.. kita jugaklah yang kena bijak plan untuk diri sendiri kan..

Klik je sini kalau nak tahu lebih lanjut http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan/cukai or calling kami je @ 012.395.2578 (Darling Linda) or Cik Intan kita @ 019.236.3656 sebelum terlepas peluang ni derrrr!!!!

Nak kita jumpa ngeteh pun boleh aje.. juz dial the numbers given n Insya-allah kita set timing n blh isi borang terus ok..ni yang seyes je tau.. kalau yg main2 tu babab karang baru tauu.. hihi

Senang kan...

Ok dahhh


#Muahciked





Sunday, 13 December 2015



#Hendak Seribu Daya.  Tak Hendak Seribu Dalih

~ Kisah Peminjam Yang Baik & Bertanggungjawab ~





Hari Isnin nan mulia ni.. Iolz nak kongsi satu kisah positif, waima peminjam kita yang faham untuk bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN, malahan said many thanks to us sebab berjaya menjejakkan kaki ke menara gading sb PTPTN bagi pinjam.. ibu bapa x mampu.. so pinjamlah dulu PTPTN

Senang sungguh berurusan dengan peminjam macam ni, yang tidak banyak alasan dan tidak banyak bunyik..

Kisahnya, dah lama kerja n niat nak bayar tetiba my frenz kenalkan Iolz dgn dia.. lepas tu terus setuju nak payback... daripada tangguh2 baik bayar full settlement and ada yang bayar thru Akaun II KWSP dan potong gaji..

Sakit2pun kenalah bayar kata theyolz ni.. generasi akan datang nak guna juga.. Syukur, ada kesedaran dalam diri peminjam berkenaan...


Hopefully ada lagi 4 juta peminjam yang fahan tanggungjawab mereka seperti mereka berdua ini..

The rests yang belum buat bayaran tu, pintu rundingan masih lagi terbuka taw..

Jangan dah kena CCRIS/ Saman/ Blacklist/ Potongan Gaji Paksa baru 'teringat' nak bayar

So.. apa lagi.. kol je kami okkk


Jangan memain ye.. kes berat ni dik nonnnnnn!!!


Friday, 11 December 2015





 #Pelaburan, Simpanan dan Masa Hadapan







Aduih.. kering poket sejak kebelakangan ni, especially bagi mereka yang ada komitmen besar, anak2 nak mula sekolah, beli buku, suma naik.. apa2 pun naik.. debak-debuk sana dan debak debuk sini dan tetiba dapat pula Notis Peringatan daripada Badan Kewangan yang pernah kita loan dulu tapi lupa nak bayar, pedih rasa hati kan?  Rasa nak muntah hijo pun ada.. hahaah

Betullah kata orang, duit tak boleh bawak mati tapi bila tak ada duit memang rasa nak mati.. huhu memang SENTARP ayat ni.. makan dalam tu...

Iolz sangat tertarik dengan satu skim simpanan pelaburan cum insurance ni yg bagi Iolz secara personel mmg sesuai dgn gaya hidup Ioz yang memang x pandai sangat nak manage my financial.. boros bak mak cakap huhu.   Banyak je gi labur kat shopping complex lepas tu balik rumah rasa menyesal plak ..haha

Oklah... back to the topic, jom ramai2 pakat labur kat satu skim SSPN-i plus PTPTN ni...

Minimum pelaburan sebanyak RM50.00 aje.. dahlah tu dapat plak perlindungan insurans yang sangat bernilai beserta dengan pakej yang sangat sesuai dengan pendapatan & taste kita...Iolz dah buat dah.. agak2 uolz berapa je Iolz labur untuk masa hadapan Iolz ye.. hurmm.. itu rahsia.. lagi syook ooo dari skim pelaburan lain.. kalau dah simpan n rasa2 nak keluarkan selepas 3 tahun, mana tau untuk further study ke.. emergeny ke..nak kawin ke opps.. hahaha duit x burnt la.. meme dapat semua.. so meme x rugi.. x tolak pape pun. seyes wa cakap luuuu

Nak tahu lebih lanjut, boleh je contact Iolz sb Iolz nak share benda2 baik je ng uolz ni.. x mo yg benda x elok nanti dosa.. Iolz jugak yang susah.. Iolz blh explain detail lagi kat uolz tawww...

Ni link yang berkaitan tu.. blh survey2 dulu..http://www.ptptn.gov.my/web/guest/sspn-i-plus

Eh lupa nak cakap, pelepasan cukai pun dapat bagi yang betul2 layak ye.. so boleh je labur.. dapat 3 + 1 = Simpanan, pelaburan dan pelepasan cukai..

Jom gaizzz....apa tunggu lagi..cepat2 grab semua ni.. untung laaa sapa dah buat tu..

Boleh contact kami untuk keterangan lanjut ye..

#Sharingiscaring
#Muahciked
#0123952578 (Darling Linda)
#0192363656 (Intan)










#Pendidikan vs Pinjaman



Petang2 macam ni banyak pula emel. wazap dan call masuk nak tanya fasal rundingan bayaran balik

Ada yang tanya baik2.. ada yang tanya nak marah2.. tapi as usual, iolz yang berjiwa kentalz ini always koolz je layanz kerenah peminjam.. yelah, mereka pun insan biasa.. inginkan belaian dan pemahaham kita ..

Kenalah jaga baik2 hati mereka ini.. silap cakap nanti ada yang sedang marah lagi marah... the best things are dengar je apa mereka nak luahkan, jawab apa yang mereka tanya and then sama2 cari jalan nak solve kan problem

- win to win situation bak kata hang

Ada yang ok terus kekal jadi frenz iolz semua.. boleh lagi rekomen kawan2 untuk nego dengan kita pula..

Rasa seronokz n hepi dapat bantu orang ni.. especially yang memang dah buntu nak dapatkan bantuan bagi rundingan bayaran balik ni..

Niat tu dah baik.. nak bayar hutang tapi apakan daya komitment tu tinggiiiii sangat.. xpelah adik2 yg sweet2 n sado2.. kakak2 n abam2 macho PTPTN ni sudi je nak layan uolz..

Apa2 nanti PM je kami laju2 ye

Tapi kena ingat.. tanya bab2 yang penting aje.. Umur jangan tanya..

Itu rahsia.. hahaa

#0123952578  (Darling Linda) 

#0192363656 (Intan)

Save no ni ye

--- hutang tetap hutang taw.. jgn lupa itewwwww

Lebiu ketat2...

Dahhh








Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama


Pejamkanlah matamu sebentar  wahai sahabat.. dan fikirkanlah bagaimana kita boleh berada di tahap ini

Suatu perkara yang dirancang perlu dijalankan.
Suatu perubahan yang hendak dibuat perlu ada permulaan.
Sebuah cita-cita bukan sekadar angan-angan sahaja.

Semua ini memerlukan langkah pertama...betulkan??

Memang sukar untuk individu untuk melangkah dalam membuat perubahan atau perancangan. Ini disebabkan terdapat rasa kurang selesa atau takut kepada perubahan.

Kurang selesa kerana mungkin perubahan yang dilakukan akan membawa kesan negatif kepada perancangan... itu pasti, ya memang pasti!!!

Rasa takut, kerana takut kepada kegagalan yang mungkin berlaku kepada apa yang dirancangkan... (down sekejap...ouhh)

Ada yang mempunyai rasa rendah diri terhadap cita-cita yang hendak dicapai. Takut dicemuh dan takut diketawa.

dan ada juga yang hanya masih mampu berangan-angan kepada apa yang dicita-cita. Tiada usaha untuk bermula walaupun hanya langkah pertama.

Tanpa langkah pertama tidak mungkin perjalanan beribu batu akan bermula. Tanpa langkah pertama tiada kejayaan akan dicapai.

Rasa takut melangkah merupakan penyebab utama mengapa ramai yang tidak mahu mula melangkah. Rasa takut ini adalah kerana beberapa faktor.

 

  • Faktor pertama

Takut gagal. Ada yang sebelum bermula sudah memikirkan kegagalan daripada bakal usaha yang dirancangkan. Takut gagal ini mendorong untuk tidak melakukan apa-apa langsung.

Takut gagal juga menyebabkan perancangan hanya tinggal perancangan. Perkara ini boleh melemahkan keyakinan diri dan keyakinan orang lain.

Fikiran negatif, aku tidak boleh, aku tidak boleh, aku tidak boleh menguasai diri.


  • Faktor kedua

Takut perubahan. Ada pula yang tidak mahu melangkah kerana takut kepada perubahan. Perubahan yang tidak lagi pasti sama ada membawa kepada kebaikan atau keburukan. Perubahan yang belum tahu lagi kesannya positif atau negatif. Yang pastinya ada yang takut perubahan sebelum lagi melangkah.

 

  • Faktor ketiga

Takut cemuhan. Melangkah tidak lagi, sudah jatuh tersungkur angkara orang lain. Cemuhan, kritikan dan kutukan adalah
sifat semulajadi manusia terhadap manusia yang lain. Mungkin kerana cemburu, mereka mencemuh. Mungkin kerana dengki mereka
mengutuk. Mungkin kerana irihati mereke mengkritik secara negatif. Tanpa kecekalan tiada siapa yang mampu menghadapi cemuhan, kritikan negatif dan kutukan. Maka kecundang jatuh sebelum lagi bermula. Sebelum lagi melangkah.

@@@@@@

Faktor-faktor diatas perlu diatasi agar langkah pertama mampu dilakukan. Penyelesaian adalah terletak didalam minda setiap individu yang mahu membuat langkah.
Jika takut kepada kegagalan fikirkan sejenak kepada kejayaan orang lain. Setiap mereka yang berjaya pasti ada kegagalan yang disebaliknya. Malah kegagalan adalah lebih banyak daripada kejayaan namun bagi mereka kegagalan adalah hanya satu nota kecil daripada sebuah novel kejayaan mereka.

Lihatlah kejayaan Rasullah menyebarkan Islam itu sendiri. Adakah ia dicapai dengan begitu mudah atau ia dicapai dengan banyak kegagalan. Adakah baginda terus mengalah?
Bayangkan kesukaran Baginda untuk mengajak penduduk Mekah kepada mengenali Islam pada awal perkembangan Islam itu sendiri, namun Baginda tidak berputus asa membawa ajaran Islam ke tempat lain, ke tempat yang bernama Madinah. Disitulah, Islam berkembang menjadi kerajaan dan akhir secara aman Baginda kembali ke Mekah dan penduduk Mekah menerima Islam akhirnya.

Bagi mereka yang berjaya, tiada dalam kamus hidup mereka erti kegagalan. Bagi yang berjaya, kegagalan yang berlaku mereka untuk membuat penilaian semula dan membuat langkah lain untuk mencapai kejayaan. Mereka tidak takut gagal. Mereka yang berjaya hanya mahu terus melangkah.

Bagi yang takut kepada perubahan. Fikirkan sejenak tentang diri kita ini. Fikirkan sejenak tentang ciptaan Allah ini. Diri kita sendiri.  Bayangkan diri kira sewaktu hari pertama kejadian kita ini. Daripada satu cel berubah menjadi beribu sel, kemudian menjadi daging dan tulang, darah mengalir, jantung berdegup.

Sembilan bulan, kepada ibu berlaku perubahan semata-mata untuk kita dalam kandungan. Sembilan bulan kita berubah pada tahap setiap minggu pasti ada perkembangan.  Apabila kita lahir apakah perkara pertama seorang manusia mahu apabila lahir ke dunia? Mahu cuba melangkah. Mahu cuba mengetahui dan mengenali dunia sekeliling. Perkara ini hanya mampu dilakukan dengan perubahan pada tubuh badan. Kekuatan otot dan tulang. Akhirnya mengiring, kemudian merangkak, kemudian bertatih dan akhirnya pandai bangun sendiri, melangkah dan berjalan.

Lihatlah dan perhatikan diri kita sendiri. Ia memerlukan perubahan agar kita berjaya berdiri dan membuat langkah pertama. Apakah kesan perubahan itu membawa kesan negatif kepada kita? Adakah ia membawa keburukan kepada kita?

Pasti yang ada hanyalah kesan parut jatuh bangun kita belajar berjalan dan jika sekarang ditanya tiada siapa boleh tunjukkan parut bila mula belajar berjalan untuk langkah pertama.
Dan lihat diri kita sekarang ini bermisai, berjanggut, berdada dan sudah matang. Maka fikirkan sejenak, perubahan yang berlaku kepada tubuh kita adalah untuk persediaan untuk kita menjadi lebih matang dan bersedia dalam mencapai kejayaan. Mengapa kita masih lagi takut perubahan untuk membuat langkah.

Bagi yang takut cemuhan. Cemuhan, kritikan negatif dan kutukan adalah lumrah. Lumrah alam. Ia melambangkan keikhlasan mereka yang memberikan perhatian kepada diri kita. Ia merupakanpertanda bahawa kita diperhatikan.

Mengapa masih takut lagi. Tiada lagi kita keseorangan dalam membuat langkah. Cemuhan mereka adalah keikhlasan hati mereka. Kejujuran mereka dalam penyataan mereka. Jadikan kata-kata mereka sebagai cabaran dan kata-kata semangat. Bahawa apa yang telah dinyatakan tidak sama sekali tidak.

Hanya selepas mencapai kejayaan dengan membuat langkah pertama barulah kita mampu menangkis cemuhan, kritikan negatif dan kutukan, tanpa perlu berkata apa-apa.
Jangan buka mata lagi. Dengan kaki kanan, langkahlah setapak ke depan. Buatlah langkah yang pertama. Anda telah membuat langkah pertama cita-cita anda. 

Insya-Allah.. Allah SWT sentiasa bersama-sama hambaNya yang sering yakin kepadaNya 

Teruskanlah berdoa, berjuang dan berusaha 


Manisnya pasti akan terasa di saat kemenangan itu tiba